Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021

Article by Nizam Ahmad

JK Pelestarian UTMLead 2021

Photo by Isyq Irfan

Official Photographer

Posted by Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Pada 08 April 2021, Biro Kebajikan di bawah Kelab Keluarga UTMLead (Kappella) telah menganjurkan ceramah bagi menyambut kedatangan Ramadan 1442H. Sessi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Sekolah Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Encik Juhazren Junaidi dengan perkongsian bertajuk Ramadan Menyuci Jiwa.

Program ini dijalankan di Dewan UTMLead secara sua muka setelah mengambil kira kapasiti ruangan dewan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Bukan sahaja dihadiri oleh staf UTMLead, namun pihak Kappella telah mengambil inisiatif buat julung kalinya menjemput staf MyLine bagi bersama-sama memeriahkan majlis.

Porgram ini merupakan kesinambungan aktiviti tahunan Kapella pada setiap kali tibanya Ramadan. Program seumpama ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan semangat kebersamaan diantara satu sama lain. Pihak Kappella turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan kurma bagi setiap ahli pada majlis berkenaan.

Related Articles

Related

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru.  Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...

read more