Wacana Kepimpinan: “Make Things Happen” telah diadakan di UTMLead pada 3 Ogos 2017, bertempat di Bilik Bengkel UTMLead. Ia adalah Siri Pementoran (Mentoring Series) yang dikendalikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed (mantan Naib Canselor) dan Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan (mantan Ketua Setiausaha). Ilmu dan pengalaman mereka yang sangat luas dalam governan dan kepimpinan universiti telah berjaya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan modul ini.

Wacana Kepimpinan ini adalah salah satu modul utama dalam program pembangunan bakat kepimpinan Five Top Talents (5TT) yang dilaksanakan oleh UTMLead. 5TT yang dilaksanakan di UTM adalah selari dengan usaha di peringkat AKEPT dan Bahagian Governan KPT dalam menyediakan bakat kepimpinan untuk jawatan tertinggi Universiti Awam. Matlamat utama 5TT ialah untuk meningkatkan kesediaan calon pengganti jawatan pengurusan tertinggi universiti.

Tema yang dipilih untuk siri Wacana Kepimpinan pada kali ini ialah pemikiran strategik, penyelesaian kreatif, dan mengurus perubahan. Kajian kes sebenar yang digunakan telah menjadikan kursus ini relevan dan praktikal dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh pemimipin akademik.

Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir

Director, Centre for Academic Leadership and Professional Development (CALPD), UTMLead, UTM