Audit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.
Objektif utama pengauditan ini adalah untuk menilai dan memastikan bahawa pengurusan perolehan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilaksanakan selaras dengan prosedur, pekeliling serta peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa. Pemeriksaan audit melibatkan semakan terhadap rekod kewangan dan dokumen berkaitan pengurusan perolehan serta proses bayaran bagi tahun kewangan 2025.
Seramai tiga (3) orang juruaudit daripada Jabatan Bendahari telah ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas rekod dan proses kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Kehadiran auditor ini telah memberikan keyakinan kepada semua pihak terhadap tahap ketelusan, integriti dan pematuhan kepada prosedur kewangan yang ditetapkan.
Skop pemeriksaan audit adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
- Panjar Wang Runcit
- Penerimaan (Resit & Bil Tuntutan)
- Perolehan (Pembelian Terus)
- Aset (skop baharu)**
Dengan berakhirnya Audit Pematuhan Kewangan (PPM) Bil. 2/2025, diharapkan tahap pengurusan kewangan dapat terus diperkukuh dan dipertingkatkan. Semoga pelaksanaan Audit Pematuhan ini dapat memberi impak yang positif serta menjadi landasan kepada amalan pengurusan kewangan yang lebih cekap, berintegriti dan berdaya saing pada masa akan datang.
Related Articles
Cenderahati Aidilfitri
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak masak dan sebotol perisa minuman ini...
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...






