AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Pembantu Tadbir (P/O)

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster

Audit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. 

Objektif utama pengauditan ini adalah untuk menilai dan memastikan bahawa pengurusan perolehan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilaksanakan selaras dengan prosedur, pekeliling serta peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa. Pemeriksaan audit melibatkan semakan terhadap rekod kewangan dan dokumen berkaitan pengurusan perolehan serta proses bayaran bagi tahun kewangan 2025.

Seramai tiga (3) orang juruaudit daripada Jabatan Bendahari telah ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas rekod dan proses kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Kehadiran auditor ini telah memberikan keyakinan kepada semua pihak terhadap tahap ketelusan, integriti dan pematuhan kepada prosedur kewangan yang ditetapkan.

Skop pemeriksaan audit adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Panjar Wang Runcit
  2. Penerimaan (Resit & Bil Tuntutan)
  3. Perolehan (Pembelian Terus)
  4. Aset (skop baharu)**

Dengan berakhirnya Audit Pematuhan Kewangan (PPM) Bil. 2/2025, diharapkan tahap pengurusan kewangan dapat terus diperkukuh dan dipertingkatkan. Semoga pelaksanaan Audit Pematuhan ini dapat memberi impak yang positif serta menjadi landasan kepada amalan pengurusan kewangan yang lebih cekap, berintegriti dan berdaya saing pada masa akan datang.

Related Articles

Related
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024

PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...

read more
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

read more
UTM Open Day