Pada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menerima kunjungan Juruaudit bagi Pertandingan Keceriaan Pejabat Sempena Minggu Lestari anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Minggu Lestari anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) merupakan inisiatif Jawatankuasa Pelestarian JTNCAA yang diisi dengan pelbagai program. Antaranya ialah Pertandingan Keceriaan Pejabat bertemakan “Green Office”. Semua PTJ diwajibkan menyertai pertandingan ini dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu penjimatan penggunaan tenaga, sudut lestari, sudut 3R, dan suasana pejabat yang bersih, selamat & sejahtera.
Auditor yang telah dilantik bagi penjurian pertandingan ini adalah Pn Hartini binti Darsono (BPO) dan Pn. Amira Huda binti Amran (UGS) Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Majlis Penutup Minggu Lestari JTNCAA 2023.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...





