Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Artikel oleh Puan Jaslina binti Ja’apar

Pembantu Tadbir UTM CDex

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah binti Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS, AMaCS dan MyLine. Aktiviti ini dijalankan bagi persediaan Pengauditan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2023 (AKKP 2023) bagi Kategori Kluster Induk, UTM Johor Bahru. Encik Mohamad Nizam bin Ahmad dan Encik Zul Azri bin A. Rahman daripada UTM CDex telah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman Blok F54 bagi tahun ini.

Juru Audit UTM CDex telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pengauditan ke empat buah PTJ iaitu RMC, SPS, SRAdS dan MyLinE. Kriteria audit yang diguna pakai dalam pengauditan ini adalah sama seperti senarai semak pengauditan dan pemeriksaan tempat kerja AKKP Universiti yang menitik beratkan kepada beberapa kriteria utama. Antaranya adalah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemeriksaan tempat kerja, keselamatan ruang dalam bangunan, keselamatan bangunan dan persekitaran, dan keselamatan elektrik.

UTM CDex juga telah diaudit oleh tiga (3) orang auditor dari RMC, Myline dan SRAds. Ketika sesi pengauditan dijalankan staf UTM CDex telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua ruang berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh JKKP Universiti. UTM CDex juga telah menjadi contoh ruang kerja selamat yang melibatkan penerapan nilai-nilai OSHE dan EKSA di ruang kerja staf.  Hasil dapatan audit dalaman pada kali ini, terdapat tiga teguran daripada auditor untuk penambahbaikan iaitu berkaitan dengan perkara 3.5 Ergonomik, 1.10.2 Persediaan ERP dan 3.1 Laluan kerja. 

Related Articles

Related
Kuiz EKSA 2024

Kuiz EKSA 2024

JK EKSA (Zon Oren)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Pada 6 Mac 2024, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa...

read more
Gotong-Royong EKSA Zon Oren Bil.1/2024

Gotong-Royong EKSA Zon Oren Bil.1/2024

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Webmaster UTM CDex PUSAT PEMAJUAN PEMBELAJARAN DIGITAL DAN FLEKSIBEL (UTM CDex) Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)...

read more