Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Artikel oleh Puan Jaslina binti Ja’apar
Pembantu Tadbir UTM CDex

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah binti Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex
Pada 7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS, AMaCS dan MyLine. Aktiviti ini dijalankan bagi persediaan Pengauditan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2023 (AKKP 2023) bagi Kategori Kluster Induk, UTM Johor Bahru. Encik Mohamad Nizam bin Ahmad dan Encik Zul Azri bin A. Rahman daripada UTM CDex telah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman Blok F54 bagi tahun ini.
Juru Audit UTM CDex telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pengauditan ke empat buah PTJ iaitu RMC, SPS, SRAdS dan MyLinE. Kriteria audit yang diguna pakai dalam pengauditan ini adalah sama seperti senarai semak pengauditan dan pemeriksaan tempat kerja AKKP Universiti yang menitik beratkan kepada beberapa kriteria utama. Antaranya adalah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemeriksaan tempat kerja, keselamatan ruang dalam bangunan, keselamatan bangunan dan persekitaran, dan keselamatan elektrik.



UTM CDex juga telah diaudit oleh tiga (3) orang auditor dari RMC, Myline dan SRAds. Ketika sesi pengauditan dijalankan staf UTM CDex telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua ruang berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh JKKP Universiti. UTM CDex juga telah menjadi contoh ruang kerja selamat yang melibatkan penerapan nilai-nilai OSHE dan EKSA di ruang kerja staf. Hasil dapatan audit dalaman pada kali ini, terdapat tiga teguran daripada auditor untuk penambahbaikan iaitu berkaitan dengan perkara 3.5 Ergonomik, 1.10.2 Persediaan ERP dan 3.1 Laluan kerja.
Related Articles
Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
Ahli Jawatankuasa ProgramAhli Jawatankuasa ProgramAhli Jawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexProgram Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan UTM CDex, Bangunan Pusat...
EXPLORACE MERDEKA 2023 UTM CDex
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDex CHECK POINT LOKASI NAMA PERMAINAN 1 LATA JERNIH WATERJET (20 minit) -Peserta mengambil air dari sungai dan mengisi ke dalam botol yang disediakan sehingga penuh...
Program Jumud, Beku, Lupus (JBL)
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBengkel JBL ini telah dijalankan dalam beberapa siri dan dihadiri oleh wakil dari Jabatan AMD, SRAdS, UTM iLeaGue, QRiM dan UTM CC. Bengkel siri ke-2 telah dijalankan pada 19 September 2022 di Hotel Pulai Spring johor...