Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Artikel oleh Puan Jaslina binti Ja’apar

Pembantu Tadbir UTM CDex

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah binti Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS, AMaCS dan MyLine. Aktiviti ini dijalankan bagi persediaan Pengauditan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2023 (AKKP 2023) bagi Kategori Kluster Induk, UTM Johor Bahru. Encik Mohamad Nizam bin Ahmad dan Encik Zul Azri bin A. Rahman daripada UTM CDex telah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman Blok F54 bagi tahun ini.

Juru Audit UTM CDex telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pengauditan ke empat buah PTJ iaitu RMC, SPS, SRAdS dan MyLinE. Kriteria audit yang diguna pakai dalam pengauditan ini adalah sama seperti senarai semak pengauditan dan pemeriksaan tempat kerja AKKP Universiti yang menitik beratkan kepada beberapa kriteria utama. Antaranya adalah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemeriksaan tempat kerja, keselamatan ruang dalam bangunan, keselamatan bangunan dan persekitaran, dan keselamatan elektrik.

UTM CDex juga telah diaudit oleh tiga (3) orang auditor dari RMC, Myline dan SRAds. Ketika sesi pengauditan dijalankan staf UTM CDex telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua ruang berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh JKKP Universiti. UTM CDex juga telah menjadi contoh ruang kerja selamat yang melibatkan penerapan nilai-nilai OSHE dan EKSA di ruang kerja staf.  Hasil dapatan audit dalaman pada kali ini, terdapat tiga teguran daripada auditor untuk penambahbaikan iaitu berkaitan dengan perkara 3.5 Ergonomik, 1.10.2 Persediaan ERP dan 3.1 Laluan kerja. 

Related Articles

Related
Program UTM CDex Grand Magnificent Award 2023

Program UTM CDex Grand Magnificent Award 2023

SetiausahaWebmaster UTM CDexProgram UTM CDex Grand Magnificent Award yang bertemakan warna hitam dan kuning telah diadakan pada 5 Mac 2023 di Pulai Springs Resort.  Program ini bertujuan menghargai dan meraikan semua staf UTM CDex atas kecemerlangan prestasi bagi...

read more
Program Bacaan Yassin  & Doa Selamat – 20 Feb 2023

Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 20 Feb 2023

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexKelab KAPELLA telah menganjurkan Program Bacaan Yassin dan Doa Selamat pada 20 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex.  Program ini diadakan khusus untuk isteri Encik Halizan bin Hashim yang akan menjalani...

read more
LAWATAN DARI UNIT MEDIA & GRAFIK (UMG) UTM KAMPUS PAGOH

LAWATAN DARI UNIT MEDIA & GRAFIK (UMG) UTM KAMPUS PAGOH

Pereka InstruksiWebmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah menerima lawatan penanda aras daripada pihak Unit Media & Grafik (UMG), UTM Kampus Pagoh. Seramai enam (6) orang staf dari UTM Kampus Pagoh telah terlibat dengan lawatan ini iaitu : PM. Dr. Norzita...

read more