Pada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS, AMaCS dan MyLine. Aktiviti ini dijalankan bagi persediaan Pengauditan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022 (AKKP 2022) bagi Kategori Kluster Induk, UTM Johor Bahru. Encik Mohamad Nizam bin Ahmad, Encik Zul Azri bin A. Rahman dan Puan Jaslina binti Ja’apar daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman bagi tahun ini.
Kriteria audit yang diguna pakai dalam pengauditan ini adalah sama dengan senarai semak pengauditan dan pemeriksaan tempat kerja AKKP Universiti yang menitik beratkan kepada beberapa kriteria utama, diantaranya adalah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemeriksaan tempat kerja, keselamatan ruang dalam bangunan, keselamatan bangunan dan persekitaran, dan keselamatan elektrik.
Hasil dapatan audit dalaman kali ini, terdapat banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua warga Blok F54 secara amnya. Namun begitu, kesemua PTJ telah menunjukkan banyak penambahbaikan terhadap persediaan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf Blok F54 yang telah memberikan kerjasama dalam memudahkan dan menjayakan pengauditan pada kali ini.
Juru Audit UTM CDex telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pengauditan ke empat buah PTJ iaitu Research Management Centre (RMC), School of Graduate Studies (SPS), Student Recruitment & Admission Division (SRAdS), dan The Online Resources for Learning in English (MyLinE).
UTM CDex juga telah diaudit oleh empat (4) orang auditor dari PTJ lain pada 7 Mei 2023. Ketika sesi pengauditan dijalankan staf UTM CDex telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua ruang berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh JKKP Universiti. UTM CDex juga telah menjadi contoh ruang kerja selamat yang melibatkan penerapan nilai-nilai OSHE dan EKSA di ruang kerja staf.
Related Articles
Mutiara Kata – April 2022
UTM CDexWebmasterPada bulan April telah diadakan Sesi Perkongsian Mutiara Kata oleh staf UTM CDex. Tujuan diadakan sesi ini adalah bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada staf sebelum memulakan tugas harian. Sehubungan dengan itu, pada 11 April 2022...
JAMUAN HARI RAYA DAN BBQ KAPELLA UTM CDex 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterBagi meraikan kedatangan bulan Syawal, UTM CDex telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan BBQ UTM CDex 2022 pada 2 Jun 2022 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1443H. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran UTM CDex bermula pada jam 12.00...
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2022
(Ketua Zon)(Setiausaha) Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Pada 22 Mac 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan...







