BEM eBULK
BEM REGISTRATION
PENDAFTARAN GRADUAN PROGRAM PERDANA SEPENUH MASA (SARJANA MUDA) BIDANG KEJURUTERAAN DENGAN LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (BEM) BAGI KONVO 63
Pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah adalah wajib mengikut Seksyen 24A(1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967 bagi jurutera yang berhasrat mengamal dan menjalankan perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia.
Untuk itu, pihak UTM telah mengambil inisiatif untuk membantu graduan kejuruteraan untuk berdaftar dengan BEM secara pukal.
Tarikh akhir penyerahan dokumen-dokumen di atas (sama ada dokumen hard copy dan secara online adalah pada 14 November 2019 ( sebelum 3.30 petang)
ARAHAN PENGHANTARAN BORANG DAN DOKUMEN SOKONGAN:
- Borang Pendaftaran “Application Form A1” boleh dimuat turun (download) dari laman web UTMLead: https://utmcdex.utm.my menerusi kaedah berikut: Pergi ke bahagian https://utmcdex.utm.my/bem-ebulk/, klik pada Forms “Application Form A1”.
- Borang Pendaftaran “Application Form A1” tersebut perlu dicetak dan diisi dengan lengkap yang dilekatkan gambar berukuran passport dan disertakan bersama Borang Bayaran BEM serta ditandatangan pada muka surat 2 dan 5.
- Sila disertakan bersama Borang Bayaran BEM
- Pendaftaran secara online perlu dibuat di link ini https://utmcdex.utm.my/bem-ebulk/
- Senarai dokumen sokongan yang dimuatnaik selepas mengisi borang secara online adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Salinan skrol/sijil ijazah
- Salinan transkrip ijazah
- Salinan skrol/sijil diploma (jika berkaitan)
- Salinan transkrip diploma (jika berkaitan)
- Membuat bayaran sebanyak RM50.00 di pejabat Bendahari UTM. Sila bawa email ‘Boleh Daftar BEM eBulk’ DAN Borang bayaran semasa membuat pembayaran di pejabat Bendahari. Email ‘Boleh Daftar BEM eBulk’ akan dihantar selepas pendaftaran secara online selesai dilakukan.
Nota : Pendaftaran secara online akan dibuka bermula pada 1 November – 14 November 2019.
Tarikh Pelaksanaan Aktiviti Proses Pendaftaran BEM (bagi Graduan Konvokesyen ke-62 UTM): Program Sarjana Muda Sepenuh Masa Sahaja
Aktiviti | Tarikh |
Graduan Mengisi Borang Pendaftaran Secara Online dan Manual (hard copy) Borang secara online boleh diperolehi daripada pautan ini http://apps.utmlead.utm.my/bemebulk/ Borang Application A1 (hard copy) boleh diperolehi daripada pautan ini https://utmcdex.utm.my/bem-ebulk/forms | 1 – 14 November 2019 |
Majlis Konvokesyen ke 62 UTM | 2 – 5 November 2019 |
|
2 – 14 November 2019 |
- BEM-Borang-Pendaftaran-Application-Form-A1 (Konvo 63) (517.1 KiB)
- BORANG BAYARAN YURAN BEM Konvo 63 (56.5 KiB)