Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

Article oleh Mohamad Hairudin Shahari

JK Kewangan Program UTMDeC 

& Mariyana Zainal

Urusetia Program 

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Bengkel Penulisan Case Study ini telah dianjurkan oleh Unit ALPD kepada Jawatankuasa Pelaksana Program UTMDec pada 21 Jun 2021, Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jawatankuasa tentang kaedah penulisan case study yang sebenar lagi berkesan.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Rossilah bte Jamil, Penolong Dekan, Hubungan Luar dan Global dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim yang merupakan seorang yang sangat pakar dalam penulisan kajian kes.

Penganjuran bengkel ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran ahli seperti Prof. Dr Rose Alinda binti Alias, Prof. Madya Dr Sharifah Hafizah binti Syed Ariffin, Ir. Dr Shafishuhaza Sahlan, Ts. Dr. Suraya Miskon, Dr. Nazmona Mat Ali, Dr. Syed Muhammad Rafy Syed Jaafar, Dr. Tan Joo Siang, En. Mohamad Hairudin Shahari dan Pn. Mariyana Zainal.

Semoga dengan pendedahan latihan ini akan dapat melancarkan perjalanan Modul UTMDec yang dirancang kepada bakal pelapis jawatan utama universiti kelak.

Related Articles

Related

Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada  13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...

read more

Kursus Pengurusan Kewangan Universiti

Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah...

read more
UTM Open Day