BENGKEL PENULISAN PROSEDUR KAEDAH PENYAMPAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN : 7 Julai 2021

Artikel oleh Nurhanin Ahmad
Urusetia Bengkel

Diterbitkan oleh by Zul Azri
Urusetia, Webmaster
Pada 7 Julai 2021 , UTMLead telah menganjurkan Bengkel Penulisan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran secara dalam talian.
Bengkel Penulisan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran telah dianjurkan oleh Unit T&L pada 7 Julai 2021 (Rabu) bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran yang merupakan salah satu prosedur di bawah Polisi Kecemerlangan Akademik bagi Proses Utama 4 : Pengurusan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran.


Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Naim bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Peningkatan Kualiti Akademik, Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTM QRiM) selalu Fasilitator. Bengkel telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh PM Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin (Menjalankan Tugas Pengarah UTMLead) serta Taklimat Dokumen Polisi oleh En. Mohd Herme Yusman Mohd Tahir (Jabatan Pendaftar). Bengkel ini diketuai oleh Dr. Nurbiha A. Shukor dan dihadiri oleh jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Task Force Khas Pembelajaran dalam Talian seperti PM Dr. Adibah Abdul Latif, PM Dr. Jamalludin Harun, Dr. Noraini Ibrahim dan Dr. Ana Haziqah A. Rashid serta wakil dari UTM iLeaGue (Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim dan Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mad Darus), Dr. Syed Norris Hikmi Syed Abdullah dari UTMDigital, Pn. Khairulbahiyah Yaakub dan Pn. Haliza Zainal dari Jabatan Perpustakaan, Pn. Hanifah Ahmad (Jabatan TNCAA) serta dari UTMLead iaitu PM Dr. Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Ts. Dr. Azizul Azri Mustaffa dan En. Mohamad Hairudin Shahari.
Related Articles
Related
GOTONG-ROYONG EKSA ZON ORENBIL.1/2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexPada 22 Februari 2024 (Jumaat), satu program gotong-royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di Zon Oren, UTM CDex. Program ini...
Inisiatif Kewangan Kelab KAPPELA: Mini Mart KAPPELA
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAKelab KAPPELA telah mengambil usaha dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan...
Terima Kasih Encik Arshad Musa
Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa,...