Program Brisk Walk dan Plogging Sempena Merdeka telah diadakan pada 10 September 2024 bermula jam 8.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab A.I. Squad dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan penglibatan staf daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS).
Para peserta berkumpul di ruang parkir Blok F52, UTM Johor Bahru untuk sesi taklimat ringkas. Program dimulakan dengan baacan doa dan sesi senaman ringan. Aktiviti diteruskan dengan brisk walk dan plogging dimana peserta berjalan sambil mengutip sampah di beberapa laluan sekitar kampus UTM.
Setelah selesai aktiviti mengutip sampah, peserta berkumpul semula di Blok L52 untuk sesi Kuiz Merdeka dan hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh pihak penganjur. Sesi suai kenal juga diadakan, memberi peluang kepada semua peserta untuk memperkenalkan diri, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara staf yang hadir. Sebelum bersurai, peserta mengambil bahagian dalam sesi senaman penutup sebagai simbolik penutup aktiviti. Program ini diakhiri dengan jamuan makan, yang menjadi tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
Aktiviti ini bukan sahaja memberikan manfaat kesihatan, tetapi juga memupuk kesedaran tentang kepentinagn menjaga kebersihan persekitaran di samping menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Merdeka.
Related Articles
RESEARCH-LED TEACHNG: ENGAGING A DYNAMIC LEARNING ENVIRONMENT OF EXCELLENCE
UTM CDexUTM CDexWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) anjuran bersama Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah menganjurkan kursus Research-Led Teaching: Engaging A Dynamic Learning Environment of Excellence pada 3 dan 4...
PROGRAM JOM SENAMROBIK DAN PLOGGING LESTARI 2025
Pembantu Tadbir (P/O) Penolong Pendaftar Webmaster Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah Berjaya menganjurkan Program Jom Senamrobik & Plogging Lestari pada 26 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di...
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...






