Program Brisk Walk dan Plogging Sempena Merdeka telah diadakan pada 10 September 2024 bermula jam 8.00 pagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab A.I. Squad dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan penglibatan staf daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS).
Para peserta berkumpul di ruang parkir Blok F52, UTM Johor Bahru untuk sesi taklimat ringkas. Program dimulakan dengan baacan doa dan sesi senaman ringan. Aktiviti diteruskan dengan brisk walk dan plogging dimana peserta berjalan sambil mengutip sampah di beberapa laluan sekitar kampus UTM.




Setelah selesai aktiviti mengutip sampah, peserta berkumpul semula di Blok L52 untuk sesi Kuiz Merdeka dan hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh pihak penganjur. Sesi suai kenal juga diadakan, memberi peluang kepada semua peserta untuk memperkenalkan diri, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara staf yang hadir. Sebelum bersurai, peserta mengambil bahagian dalam sesi senaman penutup sebagai simbolik penutup aktiviti. Program ini diakhiri dengan jamuan makan, yang menjadi tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
Aktiviti ini bukan sahaja memberikan manfaat kesihatan, tetapi juga memupuk kesedaran tentang kepentinagn menjaga kebersihan persekitaran di samping menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Merdeka.
Related Articles
UTMDeC Fasa 1 : 25-27 Julai 2021
Timbalan Pengarah Program UTMDeCUrusetia, WebmasterAJK Media & Urusetia Program UTM Dean’s Course atau nama singkatannya UTMDeC adalah program khas untuk pembangunan bakal-bakal dekan. Program ini terbahagi pada tiga fasa yang meliputi tiga kajian kes. Kajian kes...
USR KAPELLA Kepada UTM
Timbalan Pengerusi KAPELLA 2020/21Fotografer RasmiUrusetia, WebmasterPada 27 Mei 2021 KAPPELLA ataupun Kelab keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UTMLead telah menjayakan program serahan makanan keperluan asas kepada warga kampus yang terkesan akibat PKPD...
Penyerahan dokumen sokongan Permohonan AAN ke 14 Calon UTM ke KPT : 8 Julai 2021
Urusetia Anugerah AAN14Urusetia, Webmaster Pada 8 Julai 2021, UTMLead sebagai urusetia Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-14 telah menghantar dokumen sokongan bagi calon dari UTM ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya. Permohonan AAN Edisi ke 14 telah dibuka...