BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022

Artikel oleh Priscilla Prapagara
Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Pada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti edaran bermula pada jam 3.00 petang di perkarangan Masjid Sultan Ismail. Staf UTM CDex yang terlibat semasa pengedaran tersebut ialah Puan Noraini binti Khalid, Puan Nurliza binti Abd. Rahman dan Puan Balqis binti Hashim. Edaran bubur lambuk diadakan secara drive through.
Sebanyak 100 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada warga UTM.
Related Articles
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...
Aktiviti Kebajikan KAPELLA Khas buat Staf UTM CDex
UTM CDexUTM CDex: Pada suku pertama tahun 2022 Kelab KAPELLA telah membuat sumbangan kepada dua staf UTM CDex yang telah diuji dengan musibah kesihatan. Justeru itu, Kelab KAPELLA UTM CDex telah mengambil inisiatif bersama mengumpul dana bagi meringankan beban pada...
STRUKTUR BAHARU AJK TERTINGGI KAPELLA 2022-2023
Pengerusi KAPELLA 2022/2023 Webmaster Berkuatkuasa 1 Januari 2022, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa baharu menggantikan ahli jawatankuasa penggal 2020/2021. Ahli kelab sebulat suara telah melantik...



