Anugerah Ahli Akademik Harapan
GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN DAN PANDUAN ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UTM 2022
Maklumat Berkaitan: |
1.0 NAMA ANUGERAH
Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM
2.0 LATAR BELAKANG ANUGERAH
Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkaliber yang berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun yang dinilai.
Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, keterserlahan, kepimpinan dan libatsama komuniti di peringkat universiti atau kebangsaan atau antarabangsa.
Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.
3.0 TUJUAN ANUGERAH
Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM ini bertujuan memberi pengiktirafan universiti bagi staf akademik yang mempamerkan kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, keterserlahan, kepimpinan dan libatsama komuniti di peringkat universiti atau kebangsaan atau antarabangsa. Ia akan menjadi satu platform bagi mengiktiraf serta menyanjung staf akademik yang telah menaikkan serta mengharumkan nama universiti di persada kebangsaan dan antarabangsa. Pemenang anugerah ini juga akan diketengahkan ke peringkat Anugerah Akademik Negara (AAN).
4.0 HADIAH
Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah seperti berikut:
- Wang tunai berjumlah RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja)
- Trofi
- Sijil
5.0 KELAYAKAN CALON
SYARAT UMUM
- Permohonan/pencalonan Anugerah Ahli Akademik Harapan UTM dibuka hanya kepada staf akademik warganegara Malaysia.
- Permohonan bagi kategori ini terbuka kepada staf akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki di UTM sepanjang tahun.
- Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi kategori ini, maka anugerah
bagi kategori ini tidak akan diberikan.
SYARAT PERMOHONAN
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon berwibawa yang:
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari pada tahun 2022. (Lahir pada tahun 1982 ke atas)
- Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif (termasuk sekurang-kurangnya satu (1) tahun di UTM) dalam kerjaya akademik.
- Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
- Mempamerkan wawasan dan kepakaran dalam bidang tujahan yang membawa kepada keterobosan ilmu.
- Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat Universiti atau kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
- Mempamerkan wawasan dan hala tuju kepimpinan kerjaya akademik yang mampan.
6.0 KAEDAH PENCALONAN
- Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pemilih Anugerah Ahl Akademik Harapan UTM ; atau
- Dicalonkan oleh Sekolah / Fakulti / PTJ ; atau
- Pencalonan diri sendiri melalui sokongan Sekolah / Fakulti / PTJ
7.0 KRITERIA PEMILIHAN
Kriteria penilaian merangkumi pencapaian seperti di bawah:
- Pengajaran dan pembelajaran
- Penemuan ilmu (penyelidikan dan penerbitan)
- Penjanaan nilai untuk negara
- Kepimpinan dan potensi sumbangan kepada masyarakat
8.0 PEMARKAHAN
9.0. JADUAL PELAKSANAAN
Jadual kerja pelaksanaan penilaian anugerah adalah seperti berikut:
10.0 JAWATANKUASA PANEL PEMILIH