CENDERAHATI ISTIMEWA DARIPADA JAWATANKUASA EKSA UTM CDex

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid
Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Pada 18 Mac 2025, satu kejutan istimewa telah menanti seluruh warga kerja UTM CDex apabila setiap staf menerima tuala tangan eksklusif yang disulam kemas dengan logo “EKSA UTM CDex” berserta nama individu masing-masing.
Pemberian ini merupakan inisiatif daripada Jawatankuasa EKSA UTM CDex sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan semua staf dalam merealisasikan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di tempat kerja.
Selain menjadi simbol kenangan, tuala tangan ini juga berfungsi secara praktikal — ia boleh digunakan ketika aktiviti gotong-royong, pembersihan ruang kerja harian atau sebagai alat sokongan dalam menjaga kebersihan dan kekemasan persekitaran pejabat. Usaha kecil ini diharap dapat menyuntik semangat positif dan menyemarakkan lagi budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif, dan berimej korporat selaras dengan aspirasi EKSA.
Terima kasih diucapkan kepada semua staf atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan dalam menjayakan EKSA di UTM CDex. Semoga momentum ini dapat diteruskan dan diperkukuh dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih produktif dan profesional.
“Bersih, Ceria, Kondusif – EKSA Budaya Kita!”
Related Articles
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...
Lawatan Penanda Aras EKSA
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...



