CENDERAHATI ISTIMEWA DARIPADA JAWATANKUASA EKSA UTM CDex

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid
Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Pada 18 Mac 2025, satu kejutan istimewa telah menanti seluruh warga kerja UTM CDex apabila setiap staf menerima tuala tangan eksklusif yang disulam kemas dengan logo “EKSA UTM CDex” berserta nama individu masing-masing.
Pemberian ini merupakan inisiatif daripada Jawatankuasa EKSA UTM CDex sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan semua staf dalam merealisasikan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di tempat kerja.
Selain menjadi simbol kenangan, tuala tangan ini juga berfungsi secara praktikal — ia boleh digunakan ketika aktiviti gotong-royong, pembersihan ruang kerja harian atau sebagai alat sokongan dalam menjaga kebersihan dan kekemasan persekitaran pejabat. Usaha kecil ini diharap dapat menyuntik semangat positif dan menyemarakkan lagi budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif, dan berimej korporat selaras dengan aspirasi EKSA.
Terima kasih diucapkan kepada semua staf atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan dalam menjayakan EKSA di UTM CDex. Semoga momentum ini dapat diteruskan dan diperkukuh dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih produktif dan profesional.
“Bersih, Ceria, Kondusif – EKSA Budaya Kita!”
Related Articles
Sesi Perkongsian Amalan Mesra Alam “GO GREEN” di Rumah (Semasa Tempoh PKP) : 12 Julai 2021
JK Go Green UTMLead / WebmasterPada 12 Julai 2021 yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Julai ini disampaikan oleh En. Zul Azri bin A Rahman. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini ialah Amalan Mesra Alam...
1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021
JK Pelestarian UTMLead 2021Fotografer RasmiUrusetia, WebmasterDalam usaha mengindahkan persekitaran dan ruangan kerja, serta dengan mengambil semangat pelaksanaan Program Pelestarian Pejabat, Kelab Green Office UTMLead yang diketuai oleh Puan Hanin Ahmad telah...
Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021
JK Pelestarian UTMLead 2021Official PhotographerUrusetia, WebmasterPada 08 April 2021, Biro Kebajikan di bawah Kelab Keluarga UTMLead (Kappella) telah menganjurkan ceramah bagi menyambut kedatangan Ramadan 1442H. Sessi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah...



