CERAMAH INTEGRITI : INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN – BUKAN LUPA, TETAPI TAK INGAT

Artikel oleh Nizam Ahmad
Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex
Pada 9 November 2022 (Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan ceramah bertajuk Integriti Dalam Perkhidmatan – Bukan Lupa, Tetapi Tak Ingat. Perkongsian ilmu yang telah dijalankan secara atas talian dan penceramah adalah Puan Raihan binti Abd. Karim, Pegawai Integriti, Unit Integriti, Pejabat Undang-Undang UTM.

Puan Raihan binti Abd Karim telah dipilih sebagai penceramah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam sebelum dilantik sebagai Penolong Pendaftar, di Jabatan Canseleri, Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti, dan kini merupakan Penolong Pendaftar Kanan dengan bidang kepakaran pengurusan integriti, tatatertib dan surcaj.
Ceramah kesedaran ini merangkumi pemahaman, menghayati serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan mempunyai akauntabiliti semasa menjalankan tugas dalam perkhidmatan. Antara perkara yang diberi penekanan semasa ceramah ialah pembudayaan nilai berintergriti iaitu, mengurus masa dengan cekap dan berkesan, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan secara ikhlas, membuat keputusan yang adil dan telus, mengurus sumber kewangan dan peralatan pejabat secara berhemah, dan menjaga etika perkhidmatan awam.

Ceramah ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana seramai lebih 150 orang telah hadir secara atas talian melalui applikasi Webex dan Facebook UTM CDex. Perkongsian ini turut diselit dengan permainan kuiz berkaitan integriti dimana pemenang telah menerima hadiah yang telah disediakan oleh penceramah. Ceramah ini adalah hasil kerjasama antara Puan Balqis Hashim, Encik Mohamad Nizam Ahmad dan Encik Mohd Arshad Musa yang telah dipertanggungjawabkan menganjurkan sesi ceramah integriti bagi tahun 2022 dibawah program ISES.

Related Articles
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...