CERAMAH INTEGRITI : INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN – BUKAN LUPA, TETAPI TAK INGAT

Artikel oleh Nizam Ahmad

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 9 November 2022 (Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan ceramah bertajuk Integriti Dalam Perkhidmatan – Bukan Lupa, Tetapi Tak Ingat. Perkongsian ilmu yang telah dijalankan secara atas talian dan penceramah adalah Puan Raihan binti Abd. Karim, Pegawai Integriti, Unit Integriti, Pejabat Undang-Undang UTM.

Puan Raihan binti Abd Karim telah dipilih sebagai penceramah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam sebelum dilantik sebagai Penolong Pendaftar,  di Jabatan Canseleri, Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti, dan kini merupakan Penolong Pendaftar Kanan dengan bidang kepakaran pengurusan integriti, tatatertib dan surcaj. 

Ceramah kesedaran ini merangkumi pemahaman, menghayati serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan mempunyai akauntabiliti semasa menjalankan tugas dalam perkhidmatan. Antara perkara yang diberi penekanan semasa ceramah ialah pembudayaan nilai berintergriti iaitu, mengurus masa dengan cekap dan berkesan, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan secara ikhlas, membuat keputusan yang adil dan telus,  mengurus sumber kewangan dan peralatan pejabat secara berhemah, dan menjaga etika perkhidmatan awam.

Ceramah ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana seramai lebih 150 orang telah hadir secara atas talian melalui applikasi Webex dan Facebook UTM CDex. Perkongsian ini turut diselit dengan permainan kuiz berkaitan integriti dimana pemenang telah menerima hadiah yang telah disediakan oleh penceramah. Ceramah ini adalah hasil kerjasama antara Puan Balqis Hashim, Encik Mohamad Nizam Ahmad dan Encik Mohd Arshad Musa yang telah dipertanggungjawabkan menganjurkan sesi ceramah integriti bagi tahun 2022 dibawah program ISES.

Related Articles

Related
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

read more
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more