CERAMAH INTEGRITI : INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN – BUKAN LUPA, TETAPI TAK INGAT
Artikel oleh Nizam Ahmad
Urusetia
Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex
Pada 9 November 2022 (Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan ceramah bertajuk Integriti Dalam Perkhidmatan – Bukan Lupa, Tetapi Tak Ingat. Perkongsian ilmu yang telah dijalankan secara atas talian dan penceramah adalah Puan Raihan binti Abd. Karim, Pegawai Integriti, Unit Integriti, Pejabat Undang-Undang UTM.
Puan Raihan binti Abd Karim telah dipilih sebagai penceramah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam sebelum dilantik sebagai Penolong Pendaftar, di Jabatan Canseleri, Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti, dan kini merupakan Penolong Pendaftar Kanan dengan bidang kepakaran pengurusan integriti, tatatertib dan surcaj.
Ceramah kesedaran ini merangkumi pemahaman, menghayati serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan mempunyai akauntabiliti semasa menjalankan tugas dalam perkhidmatan. Antara perkara yang diberi penekanan semasa ceramah ialah pembudayaan nilai berintergriti iaitu, mengurus masa dengan cekap dan berkesan, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan secara ikhlas, membuat keputusan yang adil dan telus, mengurus sumber kewangan dan peralatan pejabat secara berhemah, dan menjaga etika perkhidmatan awam.
Ceramah ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana seramai lebih 150 orang telah hadir secara atas talian melalui applikasi Webex dan Facebook UTM CDex. Perkongsian ini turut diselit dengan permainan kuiz berkaitan integriti dimana pemenang telah menerima hadiah yang telah disediakan oleh penceramah. Ceramah ini adalah hasil kerjasama antara Puan Balqis Hashim, Encik Mohamad Nizam Ahmad dan Encik Mohd Arshad Musa yang telah dipertanggungjawabkan menganjurkan sesi ceramah integriti bagi tahun 2022 dibawah program ISES.
Related Articles
Office Warming UTM CDex
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...
Audit Pertandingan Keceriaan Pejabat Bersempena Minggu Lestari JTNCAA
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menerima kunjungan Juruaudit bagi Pertandingan Keceriaan Pejabat Sempena Minggu Lestari anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &...
KURSUS 1 JAM 1 POSTER
Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...