| CHECK POINT | LOKASI | NAMA PERMAINAN |
| 1 | LATA JERNIH |
WATERJET (20 minit) -Peserta mengambil air dari sungai dan mengisi ke dalam botol yang disediakan sehingga penuh menggunakan tangan sebelah kiri sahaja (creative using nature). |
| 2 | TAPAK REKREASI |
(1) BALL PAPER (30 minit) -Bola ping pong digolek di atas kertas A4 dari kon A ke kon B tanpa jatuh ke tanah. (2) MUSANG BERJANGGUT -4 jenis kekacang perlu diasingkan mengikut jenis ke dalam bekas yang disediakan. |
| 3 | TAMAN HERBA |
(1) SPIDER WEB (30 minit) -Semua peserta wajib untuk membawa bola ping pong menggunakan tali ke garisan kon. (2) CHOPSTICK EGG -Peserta wajib membawa telur menggunakan lidi ke garisan kon. |
| 4 | TAPAK HERBA |
(1) FLAG HUNT (30 minit) -Mencari bendera Malaysia yang tersembunyi di sekitar kawasan terdekat dan setiap kumpulan wajib untuk memiliki 1 bendera (2) SPIDER BALL – mengeluarkan bola ping pong dalam jaring dengan menggunakan lidi |
| 5 | ASTAKA |
CAMPERS (30 minit) -Peserta perlu memasang khemah dengan betul dan mengambil video bersama ahli kumpulan sambil melaung Merdeka sebanyak 3 kali dan perlu upload dalam Whatsapp Group UTM CDEx. Khemah perlu dikemas semula dengan betul. Kumpulan yang paling pantas mengemas adalah pemenang dalam Explorace Merdeka UTMCDex 2023 |
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Dr. Nurbiha A Shukor. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan menunjukkan kerjasama antara semua staf tanpa mengira jawatan untuk peroleh kejayaan di setiap tugasan yang diberikan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
10 September 2023 (Ahad) – Bagi menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Program Explorace Merdeka 2023 di Hutan Rekreasi UTM. Program ini telah diketuai oleh En. Mohd Arshad Musa serta dibantu oleh Pn. Noraini Khalid, Cik Priscilla Prapagara, Pn. Nurliza Abd Rahman, En. Zul Azri A Rahman dan En. Mohamed Fairuz Dahalan.
Program dimulakan dengan taklimat ringkas keselamatan, senaman ringan dan seterusnya penerangan mengenai aktiviti permainan yang akan dijalankan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dan setiap kumpulan adalah wajib untuk mengumpul 1 bendera Malaysia bagi setiap check point.
Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Merah (1) iaitu PM Ts. Dr. Haslinda, Pn. Nurul Nazihah, En. Halizan dan En. Radzuan, Kumpulan Hijau (2) ditempat kedua iaitu PM Dr. Nurbiha, En. Mohd Reduan, En. Mohamad Nizam dan Cik Azirah, Kumpulan Biru (3) di tempat ketiga iaitu Pn. Mariyana, Cik Haslinda, En. Mohd Gaffar dan En Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani manakala tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Kuning (4) iaitu En. Jeffri, En. Raja Muhammad Fariz, Pn. Jaslina dan Pn. Balqis. Setiap kumpulan telah membawa pulang sebuah hamper hadiah kemenangan.
Related Articles
Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021
JK Kewangan Program UTMDeC Urusetia Program Urusetia, WebmasterBengkel Penulisan Case Study ini telah dianjurkan oleh Unit ALPD kepada Jawatankuasa Pelaksana Program UTMDec pada 21 Jun 2021, Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk...
BENGKEL PENULISAN PROSEDUR KAEDAH PENYAMPAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN : 7 Julai 2021
Urusetia BengkelUrusetia, Webmaster Pada 7 Julai 2021 , UTMLead telah menganjurkan Bengkel Penulisan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran secara dalam talian. Bengkel Penulisan Prosedur Kaedah Penyampaian Pengajaran & Pembelajaran telah...
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...








