Explore Race Merdeka 2024

Artikel oleh En. Nizam Ahmad

Jawatankuasa Program

Bendahari KAPELLA

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Juru Audit KAPELLA

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Pengerusi KAPELLA

Pada 29 Ogos 2024, Biro Sukan KAPPELA telah menganjurkan acara Explore Race Merdeka yang penuh bersemangat di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program yang bertemakan semangat kemerdekaan ini telah disertai oleh staf UTM CDex dan mendapat sambutan yang amat baik daripada peserta. 

Acara dimulakan dengan program pra-pendakian 2 yang bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta bagi persediaan Kursus Pengukuhan Pasukan UTM CDex. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi menyertai aktiviti Explore Race yang telah dirancang. 

Aktiviti pertama, asingkan kekacang, menguji kemahiran kerja berpasukan dan kecekapan dalam membuat keputusan. Aktiviti kedua, bawa bola berkumpulan, memerlukan peserta untuk berfikir strategik dalam menggerakkan bola menggunakan tali, manakala aktiviti ketiga, bina menara tertinggi daripada penyedut minuman, menguji kreativiti dan kerjasama dalam menyelesaikan cabaran menggunakan bahan yang terhad. 

Semua aktiviti dijalankan dalam semangat kerjasama dan persaingan yang sihat. Para pemenang membawa pulang hadiah berupa hamper yang disediakan oleh pihak penganjur sebagai tanda penghargaan atas kejayaan mereka dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang diberikan.

Acara ini tidak hanya bertujuan untuk memperingati hari kemerdekaan negara, tetapi juga untuk mempererat hubungan antara staf UTM CDex melalui aktiviti luar yang menyeronokkan dan penuh makna. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik, dengan para peserta menikmati setiap detik pengalaman yang mengujakan di tengah keindahan alam semula jadi Hutan Rekreasi UTM. 

Biro Sukan KAPPELA berharap penganjuran Explore Race Merdeka ini dapat dijadikan tradisi tahunan dan terus memperkukuhkan semangat kerjasama dan patriotisme dalam kalangan warga UTM CDex.

Related Articles

Related
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more
UTM Open Day