Pada 29 Ogos 2024, Biro Sukan KAPPELA telah menganjurkan acara Explore Race Merdeka yang penuh bersemangat di Hutan Rekreasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program yang bertemakan semangat kemerdekaan ini telah disertai oleh staf UTM CDex dan mendapat sambutan yang amat baik daripada peserta.
Acara dimulakan dengan program pra-pendakian 2 yang bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta bagi persediaan Kursus Pengukuhan Pasukan UTM CDex. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi menyertai aktiviti Explore Race yang telah dirancang.
Aktiviti pertama, asingkan kekacang, menguji kemahiran kerja berpasukan dan kecekapan dalam membuat keputusan. Aktiviti kedua, bawa bola berkumpulan, memerlukan peserta untuk berfikir strategik dalam menggerakkan bola menggunakan tali, manakala aktiviti ketiga, bina menara tertinggi daripada penyedut minuman, menguji kreativiti dan kerjasama dalam menyelesaikan cabaran menggunakan bahan yang terhad.
Semua aktiviti dijalankan dalam semangat kerjasama dan persaingan yang sihat. Para pemenang membawa pulang hadiah berupa hamper yang disediakan oleh pihak penganjur sebagai tanda penghargaan atas kejayaan mereka dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang diberikan.
Acara ini tidak hanya bertujuan untuk memperingati hari kemerdekaan negara, tetapi juga untuk mempererat hubungan antara staf UTM CDex melalui aktiviti luar yang menyeronokkan dan penuh makna. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik, dengan para peserta menikmati setiap detik pengalaman yang mengujakan di tengah keindahan alam semula jadi Hutan Rekreasi UTM.
Biro Sukan KAPPELA berharap penganjuran Explore Race Merdeka ini dapat dijadikan tradisi tahunan dan terus memperkukuhkan semangat kerjasama dan patriotisme dalam kalangan warga UTM CDex.
Related Articles
Mutiara Kata – April 2022
UTM CDexWebmasterPada bulan April telah diadakan Sesi Perkongsian Mutiara Kata oleh staf UTM CDex. Tujuan diadakan sesi ini adalah bagi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada staf sebelum memulakan tugas harian. Sehubungan dengan itu, pada 11 April 2022...
JAMUAN HARI RAYA DAN BBQ KAPELLA UTM CDex 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterBagi meraikan kedatangan bulan Syawal, UTM CDex telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan BBQ UTM CDex 2022 pada 2 Jun 2022 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1443H. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran UTM CDex bermula pada jam 12.00...
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2022
(Ketua Zon)(Setiausaha) Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Pada 22 Mac 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan...






