Gotong-Royong EKSA Zon Oren Bil.1/2024

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 28 Februari 2024, Rabu jam 8:30 pagi sehingga 1:00 petang yang melibatkan semua staf UTM CDex.
Gotong-royong melibatkan dua zon iaitu Zon Pembelajaran dan Zon Multimedia & Teknologi. Tujuan gotong-royong EKSA berkala ini diadakan adalah untuk mewujudkan persekitaran ruang yang kondusif (bersih, kemas, tersusun dan selamat) secara konsisten dan keseragaman. Disamping itu, ia dapat memupuk semangat kerjasama antara staf, inovasi dan kreativiti penyusunan susun atur peralatan kerja yang sistematik di setiap sudut / ruang kerja dan zon masing-masing.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...
