GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2022

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal

& Cik Azirah binti Ahsan

Gambar oleh Isyq Irfan

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22)
Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)
Pada 22 Mac 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong royong EKSA Zon Oren bagi Pejabat UTM CDex.
Kawasan gotong royong yang dilaksanakan adalah di ruang pejabat dalaman sahaja dan tidak melibatkan kawasan kelestarian luar pejabat UTM CDex.
Disamping itu juga diadakan sesi pemberian cenderahati daripada Jawatankuasa EKSA.
Semua staf UTM CDex telah memberikan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti gotong royong tersebut bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif (bersih, kemas, tersusun dan selamat).
Gotong royong ini melibatkan Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Multimedia yang merangkumi stesen kerja masing-masing, ruang kaunter, ruang menunggu, bilik mesyuarat, pantri, bilik- bilik stor dan studio.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...

