GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2023 PUSAT PEMAJUAN PEMBELAJARAN DIGITAL DAN FLEKSIBEL (UTM CDex)

Artikel oleh Cik Azirah binti Ahsan

Setiausaha Program

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Pada 19 Mac 2023 (Ahad), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong royong EKSA Zon Oren bagi Pejabat UTM CDex.

 

Gotong royong dalaman dijalankan di Pejabat Pentadbiran sahaja kerana Pejabat Multimedia masih dalam proses pengubahsuaian pejabat. Oleh itu, staf di ruang pejabat multimedia ditempatkan sementara di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Penempatan sementara tersebut juga dipastikan selari dengan kriteria ruang kerja EKSA UTM CDex.

 

Aktiviti gotong royong adalah merangkumi ruang kerja staf, kaunter, ruang menunggu, bilik mesyuarat, bilik stor alat tulis, surau dan pantri.

Semua staf UTM CDex telah memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti gotong royong tersebut bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.

Related Articles

Related
KUIZ EKSA SIRI 1/2022

KUIZ EKSA SIRI 1/2022

Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex Webmaster Jurugambar Rasmi Pada 1 Ogos 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan...

read more
Kempen Kesedaran Amalan EKSA – Julai 2022

Kempen Kesedaran Amalan EKSA – Julai 2022

Urusetia Program / JK EKSA UTM CDexUrusetia Program / JK EKSA UTM CDexWebmasterJurugambar RasmiZON TEKNOLOGI ZON MULTIMEDIA ZON PEMBELAJARANPada 20 Jun 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel...

read more
UTM Open Day