Pada 19 Mac 2023 (Ahad), Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan aktiviti gotong royong EKSA Zon Oren bagi Pejabat UTM CDex.
Gotong royong dalaman dijalankan di Pejabat Pentadbiran sahaja kerana Pejabat Multimedia masih dalam proses pengubahsuaian pejabat. Oleh itu, staf di ruang pejabat multimedia ditempatkan sementara di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Penempatan sementara tersebut juga dipastikan selari dengan kriteria ruang kerja EKSA UTM CDex.
Aktiviti gotong royong adalah merangkumi ruang kerja staf, kaunter, ruang menunggu, bilik mesyuarat, bilik stor alat tulis, surau dan pantri.
Semua staf UTM CDex telah memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti gotong royong tersebut bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...




