GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman

AJK Program

Penulis Bersama, Pn. Jaslina binti Ja’apar

AJK Program

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah binti Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Program pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024.  Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5 orang pemandu pelancong. Gunung Arong, yang terletak di Tanjung Resang, Mersing.  Gunung Arong merupakan gunung ketiga terendah di Johor dengan ketinggian sekitar 898 kaki (240 meter) dari aras laut.

Perjalanan peserta bermula seawal 5.30 pagi dengan berkumpul di Surau Jalan Abdullah dan berjalan secara berkumpulan ke Hutan Taman Negeri Gunung Arong, Mersing, Johor sejauh 3.6 km memberikan pengalaman baru serta menikmati suasana pagi yang  hening serta di kiri kanan terdapat ladang kelapa sawit mengambil masa selama 30 minit.  Kelengkapan seperti lampu kepala, lampu suluh, dan tongkat digunakan untuk menyuluh kegelapan sepanjang perjalanan.

Setibanya di kaki Hutan Taman Negara Gunung Arong, kami memulakan pendakian dengan membaca doa semoga dipermudahkan semasa pendakian. Kami telah berhenti di checkpoint pertama yang terdapat wakaf untuk menunaikan solat subuh secara bergilir-gilir dan meneruskan perjalanan selepas semua selesai menunaikan solat.  Perjalanan pendakian ke puncak Gunung Arong mengambil masa satu jam dan kami telah tiba di puncak berkenaan lebih kurang jam 7.30 pagi. Di atas puncak Gunung Arong kami mengalas perut serta merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan.  Pendakian ke puncak Gunung Arong tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan turun dari puncak gunung yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan.  Setibanya di kaki Gunung Arong kami perlu mengharungi muara serta menyusuri pantai untuk sampai ke tempat penginapan. 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menawan puncak Gunung Arong! Kejayaan ini bukan sahaja mencabar daya tahan fizikal, tetapi juga menyemai semangat kerja berpasukan dan kecintaan terhadap alam semula jadi.

Related Articles

Related
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

read more
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more