Buat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023.
Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat persiapan menyambut hari raya aidilfitri. Ibu menerima panggilan daripada anak tunggalnya memberitahu dia harus bekerja pada pagi raya menggantikan rakan sekerja. Maka bermulalah pelbagai insiden berlaku kerana Ibu terkesan dengan berita anaknya tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga. Namun tanpa pengetahuan Ibu, secara senyap-senyap anak dan ayah telah membuat perancangan untuk bertemu secara virtual menggunakan hologram pada pagi raya.
Hologram adalah teknologi yang mencipta imej tiga dimensi (3D) menggunakan cahaya laser untuk merekodkan corak gelombang cahaya dari objek, dan di dalam cerita ini, ia digunakan sebagai medium bagi ibu dan anak berjumpa pada pagi raya.
Video Holo Raya telah dimuat naik ke semua media sosial UTM CDex pada 10 April 2023 dan menerima maklum balas baik dan reaksi positif daripada penonton.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...



