Ikon EKSA 2023 Zon Oren

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menyediakan hadiah berbentuk Sijil dan Plak kepada Pemenang IKON EKSA 2023 semasa Majlis Grand Magnificent Award 2024  pada 6 Mac 2024 di Hotel Granada Johor Bahru.  Hadiah telah disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah, Pengarah UTM CDex.

Pemenang IKON EKSA 2023 dipilih berdasarkan penilaian prestasi markah bulanan Audit Dalaman EKSA Penilaian Ruang Kerja Staf Zon Oren, UTM CDex.  Markah bulanan akan dicampur selama 1 tahun (12 bulan). Staf yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.  Komitmen staf dalam pelaksanaan EKSA yang merangkumi elemen-elemen sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal adalah diambil kira.

Berdasarkan kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan, Encik Mohamad Nizam bin Ahmad telah dipilih dan dinobatkan sebagai IKON EKSA 2023 Zon Oren UTM CDex.  Setinggi tahniah diucapkan kepada beliau.   

Related Articles

Related
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more