Kelab KAPPELA telah mengambil usaha dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KAPPELA dan Ahli Jawatankuasa Penjanaan dan Promosi, bermula dengan modal permulaan yang kecil iaitu RM 100.
Namun, usaha gigih dan kreativiti dalam merancang dan menguruskan jualan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Mini Mart KAPPELA kini menawarkan lebih daripada 10 jenis makanan ringan serta pelbagai pilihan minuman dalam kotak dan tin.


Keberhasilan mini mart ini tidak terlepas daripada sokongan padu yang diberikan oleh staf UTM CDex. Pembelian yang konsisten dan sokongan mereka telah membantu meningkatkan hasil jualan serta memastikan kesinambungan operasi kelab. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kewangan kepada KAPPELA,tetapi juga membantu dalam penganjuran aktiviti-aktiviti lain KAPPELA. Terimakasih untuk setiap sokongan dan pembelian.
Related Articles
UTM CDex Juara Dua Tahun Berturut-turut Reruai Terbaik!
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexLazimnya setiap tahun Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antrabangsa (JTNCAA) akan mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Pada 6 Mei 2024, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri...
Riang Ria Raya UTM CDex
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Hari Raya Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah menganjurkan Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Majlis yang dijalankan bermula jam 2 petang ini berkonsepkan...
Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024
Pembantu Tadbir, UTM CDexPenolong Pendaftar, UTM CDexWebmaster UTM CDex Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam...