JAMUAN HARI RAYA DAN BBQ KAPELLA UTM CDex 2022

Artikel oleh Priscilla Prapagara

Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster

Bagi meraikan kedatangan bulan Syawal, UTM CDex telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan BBQ UTM CDex 2022 pada 2 Jun 2022 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1443H.  Majlis tersebut telah diadakan di Dataran UTM CDex bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan Pengarah iaitu, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah.  Terdapat beberapa jemputan khas iaitu Prof. Madya Dr. Noor Hazarina binti Hashim dari Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Prof. Madya Dr. Mohd Ariffin bin Abu Hassan dari UTM International, Prof. Madya Dr. Mohd Pauzi bin Abdullah dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan, Encik Mohd Zaires bin Md Daris dari  Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dan beberapa jemputan lain telah diundang ke majlis berkenaan.

 

 

Para tetamu yang hadir pada jamuan tersebut disajikan dengan pelbagai juadah seperti Ketupat dan Ayam Masak Merah, Nasi Serai, Lontong, kuih muih and BBQ kambing bakar yang telah ditaja khas oleh Pengarah Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex). Semasa jamuan berlangsung turut diadakan pertandingan menganyam ketupat dan mengira berat kuih dalam balang yang telah dimenangi oleh Encik Mohd Arshad bin Musa bagi kedua-dua pertandingan tersebut.  Hadiah harijadi kepada ahli kelab bagi bulan Januari hingga Jun 2022 turut disampaikan oleh Pengarah.

Jamuan ini disambut dengan meriah dan secara tidak langsung dapat merapatkan silaturrahim dan ukhuwah antara staf-staf yang terlibat.

 

Related Articles

Related
Kursus Pengurusan Cuti dan Kehadiran

Kursus Pengurusan Cuti dan Kehadiran

Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul...

read more
Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM

Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM

UTM CDexPenolong PendaftarWebmasterUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) kini dalam usaha untuk membangunkan Teaching Factory UTM. Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM pada 17 April 2025 merupakan salah satu Langkah awal bagi memberi pendedahan dalam...

read more