Kempen Kesedaran Amalan EKSA – Julai 2022

Artikel oleh Mariyana Zainal
Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex

Artikel oleh Azirah Ahsan
Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Gambar oleh Isyq Irfan
Jurugambar Rasmi
ZON TEKNOLOGI
ZON MULTIMEDIA
ZON PEMBELAJARAN
Pada 20 Jun 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah melancarkan Kempen Kesedaran Amalan EKSA kepada Staf UTM CDex.
Kempen Kesedaran Amalan EKSA ini adalah bertujuan agar warga kerja UTM CDex dapat mengamalkan budaya kerja yang sihat dan bersih semasa bekerja di pejabat disamping boleh dipratikkan di rumah. Semua staf perlu memastikan ruang kerja berada dalam keadaaan yang bersih dan kemas, 5 minit sebelum dan selepas waktu bekerja masing-masing.
Pn. Nuril Aini binti Ahmad Tohid sebagai Pengerusi EKSA Zon Oren telah melancarkan Kempen Kesedaran ini dengan menyampaikan edaran stiker kepada 3 Wakil Zon iaitu:
Pn. Mariyana binti Zainal (Zon Pembelajaran)
En. Halizan bin Hashim (Zon Multimedia)
Ts. Dr. Azizul Azri bin Mustaffa (Zon Teknologi)
Diharap semua warga UTM CDex dapat menerapkan amalan yang sihat ini bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.
Related Articles
Kursus Pengurusan Cuti dan Kehadiran
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul...
Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM
UTM CDexPenolong PendaftarWebmasterUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) kini dalam usaha untuk membangunkan Teaching Factory UTM. Lawatan Penanda Aras ke Teaching Factory UTeM pada 17 April 2025 merupakan salah satu Langkah awal bagi memberi pendedahan dalam...
Ruang Kerja Staf Terbaik EKSA UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPengiktirafan Bulanan Untuk Ruang Kerja Paling Kondusif. Sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja yang bersih, sistematik dan profesional, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, UTM CDex...






