KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS

Artikel oleh Puan Jaslina binti Ja’apar
Pembantu Tadbir UTM CDex

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah binti Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex
Pada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di Makmal Digital UTM CDex. Klinik ini diadakan bertujuan untuk mengemas kini Data Tidak Berintegriti dalam sistem HRMIS serta memastikan sebarang urusan pada masa hadapan memenuhi Key Amal Indicator (KAI) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).



Encik Zaidi bin Hj Mohmod, Penolong Pendaftar Kanan dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah dijemput untuk memberi pencerahan dan pendedahan kepada staf UTM CDex bagi proses pengemaskinian elemen-elemen yang terdapat dalam modul HRMIS. Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan di Sistem HRMIS juga telah dihadiri oleh staf dari Pusat Pengajian Prasiswazah (UGS).
Sepanjang klinik HRMIS ini dijalankan semua staf telah memberi tumpuan serta komitmen yang baik dalam memastikan matlamat klinik ini dicapai dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.
Related Articles
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...