Kuiz EKSA 2024

Artikel oleh Nizam Ahmad
JK EKSA (Zon Oren)

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid
Pengerusi Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Pada 6 Mac 2024, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Kuiz EKSA selaras dengan Kempen Kesedaran Amalan EKSA yang telah dilancarkan pada 20 Jun 2022.
Penganjuran inisiatif Kempen Kesedaran Amalan EKSA kali ini adalah bertujuan memberi pengetahuan asas kepada staf UTM CDex berkenaan EKSA melalui pendekatan secara permainan kuiz.
Menarikanya pada kali ini, EKSA UTM CDex telah diberi peluang mengadakan sesi kuiz ini semasa penganjuran Majlis UTM CDex Grand Magnificent Awards 2024 yang diadakan di Granada Hotel, Johor Bahru. Kuiz ini dikendalikan oleh Encik Mohamad Nizam bin Ahmad dan Puan Mariyana binti Zainal dimana setiap pemenang menerima pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan.
Sebanyak tiga soalan disediakan bagi menguji pengetahuan staf berkenaan EKSA Zon Oren. Pemilihan pemenang adalah ditentukan dengan cara staf dikehendaki ke hadapan dan menjawab soalan dengan tepat apabila pengacara majlis memberikan soalan. Tiga orang pemenang bertuah telah memenangi kuiz ini iaitu Puan Noraini binti Khalid, Puan Nurliza bin Abd. Rahman dan Cik Azirah binti Ahsan. Tahniah diucapkan.
Related Articles
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.1/2022
(Ketua Zon)(Setiausaha) Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Pada 22 Mac 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan...
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...


