Pada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman warga CDex terhadap pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Penganjuran kuiz ini bertujuan menguji sejauh mana staf UTM CDex peka dan sentiasa alert terhadap elemen-elemen penting EKSA, termasuk aspek persekitaran kerja kondusif, keselamatan, susun atur ruang, kreativiti serta budaya kerja yang cekap dan sistematik.
Penyertaan yang diberikan amat menggalakkan, dan suasana kuiz berjalan dalam suasana santai namun penuh semangat persaingan sihat. Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengukuhkan ilmu, malah mengeratkan hubungan warga CDex dalam memantapkan budaya EKSA.
Tahniah kepada para pemenang Kuiz Trivia EKSA 2025:
Pemenang Pertama: Encik Mohamed Fairuz bin Dahalan
Pemenang Kedua: Encik Zul Azri bin A. Rahman
Pemenang Ketiga: Puan Nurliza binti Abd. Rahman
Syabas dan terima kasih kepada semua warga CDex yang terlibat. Semoga program seperti ini terus menyemarakkan amalan EKSA di UTM CDex dan menjadi pemangkin kepada persekitaran kerja yang lebih kreatif, teratur dan produktif.
Related Articles
Cenderahati Aidilfitri
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak masak dan sebotol perisa minuman ini...
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...






