Pada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di bawah Core Value UTM,ISES iaitu ‘Excellence’. Kursus 1 Jam 1 Poster ini dijalankan di Makmal Komputer UTM CDex dan telah mendapat 18 penyertaan yang mewakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).




Kursus ini menawarkan pengetahuan asas kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend kepada kepada semua jabatan dalam menghasilkan poster, bunting, risalah dan slaid pembentangan dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman penggunaan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendedahkan peserta kepada pembelajaran dan skil yang berkesan.

Kursus ini dijalankan dengan tiga slot pengisian iaitu pengenalan kepada Canva, pemahaman kepada teori reka bentuk poster dan aktiviti hands-on. Dua org staf telah diberikan tanggung jawab sebagai pengajar kursus iaitu Encik Mohamad Nizam Bin Ahmad dan Encik Raja Muhammad Fariz Bin Raja Rohaizat Shah. Di akhir sesi pengajaran, setiap peserta berjaya menghasilkan satu poster, memahami secara ringkas cara penggunaan Canva dan mempelajari aspek teknikal suatu reka bentuk poster yang baik.

Related Articles
LAWATAN DARI GADANG WORKS SDN. BHD. BERKAITAN TEKNOLOGI REVOLUSI PERINDUSTRIAN KE-4 (4IR)
Pereka InstruksiWebmaster & JK Promosi UTM CDexPihak UTM CDex telah menerima lawatan daripada Syarikat Gadang Works SDN. BHD. Tujuan lawatan daripada pihak Gadang Works adalah untuk mengadakan pembentangan dan memperkenalkan teknologi berkaitan Revolusi...
Kursus 3D Modelling (14-15 Feb 2023)
PenceramahWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 14-15 Februari 2023 (Selasa - Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Bengkel Pemodelan 3 Dimensi (Blender). Perkongsian ilmu ini telah dijalankan secara fizikal di bilik...
Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr....