Pada 14-15 Februari 2023 (Selasa – Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Bengkel Pemodelan 3 Dimensi (Blender). Perkongsian ilmu ini telah dijalankan secara fizikal di bilik Mesyuarat UTM CDex. Penceramah bagi bengkel ialah Encik Mohd Harith Fadzillah dan Cik Haslinda yang merupakan Pegawai dan Penolong Pereka Instruksi UTM CDex.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk melatih dan memberi pengalaman baru kepada staf UTM CDex sejajar dengan keperluan semasa. Selain itu, bengkel ini merupakan salah satu alternatif baru dalam mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
Seramai 15 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut. Bengkel ini dilengkapi dengan kemahiran penting yang diperlukan untuk mencipta model 3D dengan pantas, tepat, logik dan struktur. Selain itu, bengkel ini dapat melatih peserta dalam menghasilkan model 3D yang berkualiti dan kompleks.
Hasil daripada bengkel ini, peserta dapat memupuk semangat inovasi dan mengembangkan daya imaginasi dengan mencipta model 3D mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, peserta dapat mengetahui tentang perisian Blender dan cara mengendali fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Seterusnya, peserta dapat meningkatkan keyakinan terhadap hasil kerja mereka dengan membentangkan model 3D yang dihasilkan kepada penceramah.
Related Articles
GOTONG ROYONG EKSA ZON OREN UTM CDex BIL.2/2022
(Ketua Zon)Jurugambar Rasmi Webmaster & AJK Promosi (EKSA)Jawatankuasa EKSA Zon Oren (2021/22) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex)Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan...
RUANG KERJA STAF TERBAIK ZON OREN
Ketua ZonWebmaster & JK Promosi UTM CDexJurugambar RasmiJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik setiap...
MUTIARA KATA – Edisi Oktober 2022 oleh En. R. Muhammad Fariz
PenyampaiWebmaster'Pada 19 Oktober 2022 Slot Mutiara kata telah disampaikan oleh En Raja Muhammad Fariz semasa program bacaan doa pagi UTM CDex selepas slot perkongsian ilmu yang di sampaikan oleh Dr. Azizul Azri yang bertajuk Negara yang paling gembira.' Perkongsian...