Kursus 3D Modelling (14-15 Feb 2023)

Artikel oleh Haslinda Daud

Penceramah

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 14-15 Februari 2023 (Selasa – Rabu), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Bengkel Pemodelan 3 Dimensi (Blender). Perkongsian ilmu ini telah dijalankan secara fizikal di bilik Mesyuarat UTM CDex. Penceramah bagi bengkel ialah Encik Mohd Harith Fadzillah dan Cik Haslinda yang merupakan Pegawai dan Penolong Pereka Instruksi UTM CDex.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk melatih dan memberi pengalaman baru kepada staf UTM CDex sejajar dengan keperluan semasa. Selain itu, bengkel ini merupakan salah satu alternatif baru dalam mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Seramai 15 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut. Bengkel ini dilengkapi dengan kemahiran penting yang diperlukan untuk mencipta model 3D dengan pantas, tepat, logik dan struktur. Selain itu, bengkel ini dapat melatih peserta dalam menghasilkan model 3D yang berkualiti dan kompleks.

Hasil daripada bengkel ini, peserta dapat memupuk semangat inovasi dan mengembangkan daya imaginasi dengan mencipta model 3D mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, peserta dapat mengetahui tentang perisian Blender dan cara mengendali fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut. Seterusnya, peserta dapat meningkatkan keyakinan terhadap hasil kerja mereka dengan membentangkan model 3D yang dihasilkan kepada penceramah.

Related Articles

Related
Aktiviti Kebajikan KAPELLA Khas buat Staf UTM CDex

Aktiviti Kebajikan KAPELLA Khas buat Staf UTM CDex

UTM CDexUTM CDex: Pada suku pertama tahun 2022 Kelab KAPELLA telah membuat sumbangan kepada dua staf UTM CDex yang telah diuji dengan musibah kesihatan. Justeru itu, Kelab KAPELLA UTM CDex telah mengambil inisiatif bersama mengumpul dana bagi meringankan beban pada...

read more
STRUKTUR BAHARU AJK TERTINGGI KAPELLA 2022-2023

STRUKTUR BAHARU AJK TERTINGGI KAPELLA 2022-2023

Pengerusi KAPELLA 2022/2023 Webmaster Berkuatkuasa 1 Januari 2022, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa baharu menggantikan ahli jawatankuasa penggal 2020/2021.  Ahli kelab sebulat suara telah melantik...

read more