Kursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM. Kursus ini disertai oleh dua wakil staf dari Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) serta peserta dari pelbagai jabatan lain di UTM.
Pemilihan lokasi di Hutan Rekreasi UTM sebagai lokasi kursus mencipta suasana pembelajaran yang santai mendekatkan peserta dengan alam semulajadi.




Sepanjang kursus, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti sesi ice-breaking, latihan pembentukan pasukan, perbincangan berkumpulan termasuk aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk memperkukuh kemahiran komunikasi, meningkatkan interaksi serta memupuk kefahaman mendalam terhadap dinamik kerja pasukan.
Secara keseluruhannya, Kursus Pembinaan Pasukan ini berjaya mencapai matlamatnya dan memberikan pengalaman yang berharga kepada peserta untuk diaplikasikan dalam tugasan harian mereka di UTM.
Related Articles
Cenderahati Aidilfitri
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah mengambil peluang menyampaikan cederahati kepada setiap ahli. Cenderahati yang berupa sebotol minyak masak dan sebotol perisa minuman ini...
Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah...
Ruang Kerja Staf Terbaik Zon Oren
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Webmaster UTM CDex Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah...