Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul Akmal binti Abdul Hamid dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru.
Peserta kursus diperkenalkan mengenai pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) yang bermula dengan tempoh percubaan pada 1 September 2023. WBF kemudiannya berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Disember 2023 dan terpakai kepada staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) yang tidak tertakluk kepada peraturan waktu bekerja giliran. Penceramah juga menerangkan kepada peserta jenis-jenis cuti yang ada dan prosedur yang patut dipatuhi.
Objektif kursus:-
- Mengenal pasti jenis-jenis cuti, sistem pengurusan rekod cuti dan peraturan berkaitan cuti yang sedang berkuatkuasa;
- Mengaplikasikan formula pengiraan cuti mengikut jenis cuti;
- Menyelesaikan masalah berkaitan cuti.
Semoga staf akan lebih peka terhadap peraturan cuti serta sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Related Articles
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...
Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023. Pertandingan ini akan diadakan...






