Pada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari ini telah memfokuskan kepada aspek-aspek penting dalam pengurusan kewangan universiti seperti bayaran, pengurusan perolehan dan aset.
Kursus ini menampilkan tiga orang penceramah dari Jabatan Bendahari yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Slot pertama adalah berkaitan aspek bayaran telah disampaikan oleh Encik Abdul Mun’im bin Amran. Slot kedua berkenaan pengurusan perolehan telah dikendalikan oleh Puan Nazatul Hidayah binti Yusof. Manakala slot terakhir mengenai pengurusan aset telah disampaikan oleh Puan Nur Syahira binti Zawawi.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai tatacara pengurusan kewangan dan aset universiti serta memastikan setiap transaksi dilaksanakan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Diharapkan kursus ini dapat memberikan manfaat serta meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan warga universiti dalam mengurus hal ehwal kewangan secara lebih sistematik dan berintegriti.
Related Articles
Selamat Hari Lahir Staf UTM CDex
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexMeluangkan masa dan meraikan sambutan hari kelahiran atau hari jadi kepada staf merupakan satu penghargaan dan penghormatan. Menjadi salah satu aktiviti tahunan yang dirancang oleh Kelab Keluarga...
Majlis Khatam Al-Quran AI SQUAD 2024
Pengerusi KAPELLAWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadhan 1445 H, Kelab Keluarga JTNCAA (AI SQUAD) dengan kerjasama Kelab Keluarga UTM CDex (KAPELLA) telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan bulan Ramadan dimana...
Program Bacaan Yassin & Tahlil Ringkas – Jan 2024
Pengerusi KAPELLAWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 11 Januari 2024, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Allahyarham Prof. Dato' Abu...






