Pada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari setiap PTJ dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa. Kursus ini bertujuan memberikan panduan serta pendedahan menyeluruh berhubung amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berdasarkan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.


Sepanjang kursus sehari ini, peserta diberi pendedahan tentang:
- Konsep asas dan objektif pelaksanaan EKSA.
- Tatacara dan panduan terkini pelaksanaan mengikut standard MAMPU.
- Langkah-langkah utama dalam proses permohonan pensijilan EKSA.
- Persediaan menghadapi audit sebenar bagi memastikan jabatan bersedia dan memenuhi syarat pensijilan.


Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Hassan Othman dari Pejabat Canseleri UTM KL, seorang penceramah berpengalaman luas dalam bidang pelaksanaan EKSA. Selain sesi penerangan, UTM CDex juga telah diaudit secara langsung oleh penceramah. Hasil audit tersebut memberikan maklum balas positif terhadap amalan sedia ada di samping teguran membina untuk penambahbaikan di beberapa bahagian.


Menurut penceramah, audit percubaan ini amat penting kerana ia membantu jabatan menilai tahap kesiapsiagaan terhadap pensijilan EKSA sebenar. Melalui kursus ini juga, peserta didedahkan dengan amalan terbaik untuk mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, serta selaras dengan aspirasi budaya kerja cemerlang sektor awam.


Dengan penganjuran kursus ini, UTM CDex yakin bahawa warga kerjanya lebih bersedia untuk melaksanakan amalan EKSA secara menyeluruh serta berjaya mencapai pensijilan yang diiktiraf oleh MAMPU pada masa akan datang.
Related Articles
UTM CDex Juara Dua Tahun Berturut-turut Reruai Terbaik!
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexLazimnya setiap tahun Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antrabangsa (JTNCAA) akan mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Pada 6 Mei 2024, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri...
Riang Ria Raya UTM CDex
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Hari Raya Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah menganjurkan Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Majlis yang dijalankan bermula jam 2 petang ini berkonsepkan...
Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024
Pembantu Tadbir, UTM CDexPenolong Pendaftar, UTM CDexWebmaster UTM CDex Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam...