Pada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari setiap PTJ dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa. Kursus ini bertujuan memberikan panduan serta pendedahan menyeluruh berhubung amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berdasarkan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.
Sepanjang kursus sehari ini, peserta diberi pendedahan tentang:
- Konsep asas dan objektif pelaksanaan EKSA.
- Tatacara dan panduan terkini pelaksanaan mengikut standard MAMPU.
- Langkah-langkah utama dalam proses permohonan pensijilan EKSA.
- Persediaan menghadapi audit sebenar bagi memastikan jabatan bersedia dan memenuhi syarat pensijilan.
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Hassan Othman dari Pejabat Canseleri UTM KL, seorang penceramah berpengalaman luas dalam bidang pelaksanaan EKSA. Selain sesi penerangan, UTM CDex juga telah diaudit secara langsung oleh penceramah. Hasil audit tersebut memberikan maklum balas positif terhadap amalan sedia ada di samping teguran membina untuk penambahbaikan di beberapa bahagian.
Menurut penceramah, audit percubaan ini amat penting kerana ia membantu jabatan menilai tahap kesiapsiagaan terhadap pensijilan EKSA sebenar. Melalui kursus ini juga, peserta didedahkan dengan amalan terbaik untuk mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, serta selaras dengan aspirasi budaya kerja cemerlang sektor awam.
Dengan penganjuran kursus ini, UTM CDex yakin bahawa warga kerjanya lebih bersedia untuk melaksanakan amalan EKSA secara menyeluruh serta berjaya mencapai pensijilan yang diiktiraf oleh MAMPU pada masa akan datang.
Related Articles
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...
Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023. Pertandingan ini akan diadakan...






