Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex

Artikel oleh En. Mohamad Nizam Ahmad

JK EKSA UTM CDex

Disunting oleh En. Harith Fadzillah Rasid

Pengerusi Zon Oren

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster

Pada  13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari setiap PTJ dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa. Kursus ini bertujuan memberikan panduan serta pendedahan menyeluruh berhubung amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) berdasarkan piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.

Sepanjang kursus sehari ini, peserta diberi pendedahan tentang:

  • Konsep asas dan objektif pelaksanaan EKSA.
  • Tatacara dan panduan terkini pelaksanaan mengikut standard MAMPU.
  • Langkah-langkah utama dalam proses permohonan pensijilan EKSA.
  • Persediaan menghadapi audit sebenar bagi memastikan jabatan bersedia dan memenuhi syarat pensijilan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Hassan Othman dari Pejabat Canseleri UTM KL, seorang penceramah berpengalaman luas dalam bidang pelaksanaan EKSA. Selain sesi penerangan, UTM CDex juga telah diaudit secara langsung oleh penceramah. Hasil audit tersebut memberikan maklum balas positif terhadap amalan sedia ada di samping teguran membina untuk penambahbaikan di beberapa bahagian.

    Menurut penceramah, audit percubaan ini amat penting kerana ia membantu jabatan menilai tahap kesiapsiagaan terhadap pensijilan EKSA sebenar. Melalui kursus ini juga, peserta didedahkan dengan amalan terbaik untuk mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, serta selaras dengan aspirasi budaya kerja cemerlang sektor awam.

      Dengan penganjuran kursus ini, UTM CDex yakin bahawa warga kerjanya lebih bersedia untuk melaksanakan amalan EKSA secara menyeluruh serta berjaya mencapai pensijilan yang diiktiraf oleh MAMPU pada masa akan datang.

        Related Articles

        Related
        AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

        AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK

        Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...

        read more
        Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

        Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

        Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

        read more