Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal
Setiausaha Pejabat

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru. Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Gred N11 – N32 dan B29.
Objektif Kursus:
- Mengukuhkan kaedah penulisan minit mesyuarat mengikut format rasmi kerajaan.
- Membantu menyediakan penulisan minit mesyuarat mengikut format standard berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan terkini.
- Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai penulisan minit mesyuarat secara bersistematik dan berkualiti.
- Meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan profesionalisme dan integriti dalam penulisan dokumen rasmi kerajaan.

Terdapat tiga (3) modul kursus yang disampaikan iaitu :
Modul 1 : Pengenalan Pengurusan Mesyuarat
Modul 2 : Penulisan Minit Mesyuarat
Modul 3 : Latihan Penulisan Minit Mesyuarat
Dalam Modul 3, Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberi latihan menyediakan minit mesyuarat mengikut format yang telah disampaikan semasa kursus. Latihan ini diberi adalah bagi tujuan melihat sejauh mana peserta memahami dan mengaplikasi langkah-langkah menyediakan minit mesyuarat yang sistematik dan efektif dalam memberi hasil dan impak yang tinggi ke arah peningkatan produktiviti dan pencapaian matlamat PTJ/Bahagian.
Related Articles
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...
Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023. Pertandingan ini akan diadakan...