Pihak UTM CDex telah menerima lawatan daripada Syarikat Gadang Works SDN. BHD. Tujuan lawatan daripada pihak Gadang Works adalah untuk mengadakan pembentangan dan memperkenalkan teknologi berkaitan Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR). Dari sudut dunia akademik, Gadang Works Sdn. Bhd. menyediakan platform untuk membawa dan menerapkan teknologi industri ke dalam dunia akademik yang dapat mengecilkan jurang antara pasaran industri sebenar dan dunia akademik. Gadang Works Sdn. Bhd. telah mengadakan pembentangan dan demo mengenai teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) yang selari dengan kehendak Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).
Virtual Reality (VR) adalah penggunaan teknologi komputer untuk mewujudkan persekitaran simulasi yang boleh diterokai 360 darjah, menjadikan kita sebahagian daripada sebuah lingkungan virtual dan dapat bergerak di dalamnya.
Augmented Reality (AR) merujuk kepada kombinasi mudah antara dunia nyata dan maya. Perkataan ‘augmented’ sendiri merujuk kepada ‘ditambah’. Berdasarkan subjek sebenar yang diambil menggunakan kamera atau video, teknologi tersebut akan ‘ditambah’ dengan lapisan ekstra maklumat digital supaya menjadi imej nyata.
Diharap dengan perkongsian kepakaran dan ilmu dari pihak industri dapat membantu memberi lebih kefahaman dalam melancarkan lagi usaha UTM CDex untuk membangunkan modul Virtual Lab UTM.
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...




