Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Artikel oleh Nizam Ahmad

AJK Latihan EKSA Zon Oren

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Pengerusi EKSA Zon Oren

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Pada 6 April 2023, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Hijau, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) TNC (A&A) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), selaras dengan inisiatif Aktiviti Kesedaran Amalan EKSA yang telah dirancang bagi tahun 2023.

Pemilihan Pejabat UTM CDex sebagai lokasi lawatan penanda aras ini adalah sebagai lawatan balas yang telah dijalankan pada 17 November 2022 dimana UTM CDex bersama-sama Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengadakan lawatan ke Pejabat TNC (A&A) terlebih dahulu.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan EKSA di JTNCAA dalam usaha menambahbaik perlaksanaan dan amalan EKSA di UTM CDex. Seramai 6 orang warga kerja Pejabat TNC (A&A) yang merangkap sebagai Ahli Jawatankuasa EKSA telah menyertai lawatan kerja ini. Antara perkongsian yang dijalankan adalah inisiatif dan aktiviti yang dilaksanakan di UTM CDex antaranya adalah Anugerah Ruang Kerja Terbaik  bermula dari bulan Julai 2022 dan juga keseragaman tulang fail, label, carta pergerakan dan lain-lain.

Jawatankuasa EKSA Zon Oren, UTM CDex mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kesudian Pejabat TNC (A&A) memilih UTM CDex sebagai lokasi lawatan.

Related Articles

Related
KUIZ EKSA SIRI 1/2022

KUIZ EKSA SIRI 1/2022

Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex Webmaster Jurugambar Rasmi Pada 1 Ogos 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan...

read more