Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Artikel oleh Nizam Ahmad

AJK Latihan EKSA Zon Oren

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Pengerusi EKSA Zon Oren

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Pada 6 April 2023, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Hijau, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) TNC (A&A) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), selaras dengan inisiatif Aktiviti Kesedaran Amalan EKSA yang telah dirancang bagi tahun 2023.

Pemilihan Pejabat UTM CDex sebagai lokasi lawatan penanda aras ini adalah sebagai lawatan balas yang telah dijalankan pada 17 November 2022 dimana UTM CDex bersama-sama Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah mengadakan lawatan ke Pejabat TNC (A&A) terlebih dahulu.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan EKSA di JTNCAA dalam usaha menambahbaik perlaksanaan dan amalan EKSA di UTM CDex. Seramai 6 orang warga kerja Pejabat TNC (A&A) yang merangkap sebagai Ahli Jawatankuasa EKSA telah menyertai lawatan kerja ini. Antara perkongsian yang dijalankan adalah inisiatif dan aktiviti yang dilaksanakan di UTM CDex antaranya adalah Anugerah Ruang Kerja Terbaik  bermula dari bulan Julai 2022 dan juga keseragaman tulang fail, label, carta pergerakan dan lain-lain.

Jawatankuasa EKSA Zon Oren, UTM CDex mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kesudian Pejabat TNC (A&A) memilih UTM CDex sebagai lokasi lawatan.

Related Articles

Related
MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA UTM CDex BIL. 1/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA UTM CDex BIL. 1/2025

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterLangkah Proaktif Memperkukuh Budaya Kerja Kondusif Mesyuarat pertama bagi tahun 2025, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor...

read more
GOTONG-ROYONG EKSA ZON ORENBIL.1/2025

GOTONG-ROYONG EKSA ZON OREN BIL.1/2025

Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexPada 22 Februari 2024 (Jumaat), satu program gotong-royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di Zon Oren, UTM CDex. Program ini...

read more
Inisiatif Kewangan Kelab KAPPELA: Mini Mart KAPPELA

Inisiatif Kewangan Kelab KAPPELA: Mini Mart KAPPELA

Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAKelab KAPPELA telah mengambil usaha  dalam menjana kewangan bagi kelab melalui penubuhan Mini Mart KAPPELA. Inisiatif ini, yang diketuai oleh Timbalan...

read more
UTM Open Day